"Saya Tidak Hanya Melihat Restoran. Saya Melihat Sistem Disebaliknya" - Dr.K

Hai.. Nama saya, Dr. Kamisah Kormin (DR.K). Sebagai seorang Restaurant Growth Strategist, saya membantu pemilik restoran memahami masalah perniagaan mereka, membuat keputusan yang lebih tepat dan mencari ruang untuk pertumbuhan yang lebih menguntungkan.

Bagi saya, restoran bukan sekadar tentang makanan, pelanggan dan jualan.

Di sebaliknya ada:

PASARAN
Siapa yang mahu membeli?

PELANGGAN
Kenapa mereka datang, membeli atau tidak kembali?

MENU
Apa yang sebenarnya menyumbang kepada keuntungan?

OPERASI
Di mana proses boleh menjadi lebih baik?

KOS
Di mana keuntungan mungkin sedang bocor?

STRATEGI
Apa yang patut dilakukan — dan apa yang tidak perlu dilakukan?

DARIPADA MASALAH KEPADA KEPUTUSAN

Saya percaya keputusan perniagaan yang baik bermula dengan pemahaman yang betul.

Sebab itu pendekatan saya bukan terus mencari jawapan.

Saya bermula dengan SIASAT.

Kemudian:

DIAGNOSIS → ANALISIS → STRATEGI → TINDAKAN

Tujuannya bukan sekadar mengetahui bahawa restoran mempunyai masalah.

Tetapi memahami:

  • Apa yang berlaku?

  • Kenapa ia berlaku?

  • Apa pilihan yang ada?

  • Dan apa yang patut dilakukan?

LATAR BELAKANG

Saya mempunyai latar belakang akademik dan profesional yang menggabungkan pengurusan, statistik, teknologi, pemasaran dan pengurusan projek.

Pendidikan

  • PhD in Management (UTM)

  • MSc in Project Management (UMPSA)

  • BSc in Information Technology (UiTM)

  • Diploma in Statistics (UiTM)

Saya juga mempunyai pengalaman sebagai pensyarah Food Marketing serta pengalaman sebagai Pengurus Perniagaan di sebuah GLC di negara ini.

Gabungan latarbelakang pendidikan dan pengalaman ini membentuk cara saya melihat masalah perniagaan sebagai:

Data + Pelanggan + Operasi + Strategi

Bukan satu sudut sahaja.

APA YANG SAYA BANTU?

Saya membantu pemilik restoran di dalam beberapa situasi utama:

NAK BUKA RESTORAN?

SIASAT SEBELUM LABUR™

Siasat peluang sebelum melaburkan modal.

NAK BELI RESTORAN?

SIASAT SEBELUM BELI™

Ketahui apa yang sebenarnya anda beli.

DAH BEROPERASI TAPI UNTUNG BERMASALAH?

SIASAT & UNTUNG™

Kenal pasti kebocoran keuntungan dan ruang untuk meningkatkannya.

PELANGGAN TAK CUKUP?

SIASAT PERMINTAAN™

Cari punca pelanggan tidak datang, tidak membeli atau tidak kembali.

PRINSIP SAYA

JANGAN BUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN ANDAIAN JIKA BOLEH DISIASAT.

Saya tidak percaya semua masalah restoran mempunyai jawapan yang sama.

Restoran yang berbeza mempunyai:

Pasaran yang berbeza,
Pelanggan yang berbeza,
Kos yang berbeza,
Operasi yang berbeza,
Dan, masalah yang berbeza.

Jadi penyelesaiannya juga perlu berbeza.

PENDEKATAN SAYA

SIASAT. FAHAMI. TENTUKAN. BERTINDAK.

Saya tidak menjanjikan bahawa setiap strategi akan berjaya.

Apa yang saya lakukan ialah membantu anda memahami keadaan dengan lebih jelas, supaya keputusan yang dibuat mempunyai asas yang lebih kukuh.

Kerana restoran yang lebih berjaya bermula dengan siasatan & keputusan yang lebih tepat.

people sitting on chair inside restaurant
DRKAY DIGITAL MARKETING SERVICES & CONSULTANCY

No. 45, Jalan Lakeville 37, Bandar Seri Iskandar
32610 PERAK

No. Tel : 011-11112538
Email : drkamisah.kormin@gmail.com

Siasat Dahulu. Buat Keputusan Lebih Baik.

Kenal pasti apa yang sebenarnya menghalang restoran anda.