Kenali Saya

Ramai yang bertanya, mengapa seorang pemegang PhD dalam bidang Pengurusan memilih untuk fokus kepada industri F&B? Jawapannya mudah: Industri ini memerlukan lebih daripada sekadar makanan yang sedap—ia memerlukan sistem yang saintifik.

Nama saya Dr. Kamisah Kormin. Saya bukan sekadar perunding perniagaan. Saya adalah seorang Restaurant Growth Strategist yang menggabungkan kepakaran akademik bertaraf tinggi dengan pengalaman korporat yang realistik untuk membantu pemilik restoran membina empayar yang mampan.

Kredibiliti Yang Dibina Atas Fakta & Data

Latar belakang pendidikan saya adalah tulang belakang kepada kerangka kerja F.O.R.D.S™ Growth Framework yang saya bangunkan:

  • Pakar Statistik & Data: Bermula dengan Diploma Statistik (UiTM), saya memastikan setiap strategi yang saya cadangkan berpaksikan data, bukan sekadar tekaan.

  • Kecekapan Operasi: Melalui Sarjana Pengurusan Projek (UMPSA), saya membawa disiplin pengurusan projek ke dalam operasi dapur dan premis anda untuk memastikan kecekapan maksimum.

  • Penyelidikan F&B Bertaraf PhD: Di peringkat Doktor Falsafah (UTM), fokus kajian saya adalah khusus dalam Sektor F&B dengan menggunakan Sentiment Analysis dan kaedah kuantitatif. Saya telah membentangkan hasil kajian di Conference dan diterbitkan di jurnal bertaraf antarabangsa,

Pengalaman Lapangan Yang Terbukti

Teori tanpa praktikal adalah sia-sia. Kerjaya saya merangkumi:

  • Kepimpinan Pemasaran: Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pemasaran di sebuah GLC, memberi saya perspektif luas tentang cara menguruskan jenama besar.

  • Pendidik & Jurulatih Keusahawanan: Sebagai bekas pensyarah dan jurulatih yang dilantik oleh UTHM, saya telah membimbing ratusan pelajar dan peniaga kecil dalam sektor F&B untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Misi Saya Untuk Restoran Anda

Hari ini, saya menggunakan segala ilmu penyelidikan dan pengalaman korporat ini untuk membantu anda. Saya percaya bahawa dengan F.O.R.D.S™, restoran anda boleh berhenti menjadi "kedai yang sibuk" dan mula menjadi "bisnes yang menguntungkan" walaupun anda tiada di sana.