Kami membantu penguasaha restoran menukarkan "sentimen pelanggan" menjadi strategi pertumbuhan perniagaan melalui gabungan Local SEO, Analisis Sentimen AI, dan Kepakaran Penyelidikan PhD.
Kuasai Sentimen Pelanggan. Kuasai Keuntungan Pasaran.
Kenapa Pilih Dr.K Digital
Bukan Sekadar Agensi Marketing. Kami Adalah "Business Intelligence" Anda.
1
2
Kepakaran Bertaraf PhD
Bukan sekadar baca rating bintang. Kami menggunakan metodologi penyelidikan Kualitatif & Kuantitatif yang sah untuk membedah psikologi pelanggan anda dengan ketepatan 90%++.
3
Analisis Sentimen Hibrid (AI + Manusia)
Kami menggunakan teknologi AI terkini untuk memproses ribuan data, tetapi disahkan oleh kepakaran manusia untuk memahami nuansa slang, sarkasme, dan budaya makan unik rakyat Malaysia.
Ranking Masa Hadapan (AI Search)
Strategi kami bukan sahaja meletakkan anda di rangking teratas Google Maps, tetapi melatih algoritma ChatGPT & Gemini untuk mencadangkan restoran anda secara automatik.


Berhenti Mengurus Restoran Berdasarkan "Agak-Agak"
Di dalam Industri F&B yang sangat kompetitif hari ini, anda tidak boleh lagi bergantung kepada andaian. Perniagaan anda memerlukan data yang tepat untuk kekal relevan.
Adakah jualan jatuh kerana faktor ekonomi, atau kerana isu kualiti di cawangan tertentu yang mula dikesan oleh pelanggan tetapi terlepas dari pandangan anda?
Mengapa pesaing yang "biasa" mempunyai barisan pelanggan yang lebih panjang? Adakah mereka benar-benar lebih baik, atau Local SEO mereka lebih dominan sehingga Google sentiasa mencadangkan mereka melebihi anda?
Adakah restoran anda "halimunan" di kawasan sendiri? Anda mungkin mempunyai makanan yang hebat, namun jika profil Google Maps anda tidak dioptimumkan, ribuan pelanggan berhampiran tidak akan pernah menemui anda.
Adakah menu baru anda benar-benar disukai? Jangan biarkan rating 4.0 menipu anda. Tanpa analisis ulasan yang mendalam, anda tidak akan tahu jika ulasan positif itu benar-benar membantu menaikkan ranking anda di carian AI dan Google.
Tanpa analisis data kualitatif yang sahih dan visibiliti SEO yang kuat, perniagaan anda umpama memandu dalam kegelapan tanpa lampu suluh. Kami di DR.K DIGITAL memberikan anda "KEJELASAN" digital untuk mendominasi pasaran dan menambah keuntungan.
Solusi Kami
The Modern Local Visibility
Jangan sekadar 'wujud' di Google. Kuasai carian tempatan dengan sistem The Modern Local Visibility. Kami menggabungkan kuasa Local SEO untuk kedudukan peta dan AEO (Answer Engine Optimization) untuk memastikan AI (Gemini & ChatGPT) mencadangkan restoran anda kepada pelanggan yang mencari.
Sentiment Intelligence (Retention & Reputation)
Fahami 'kenapa' pelanggan tidak kembali melalui analisis Kualitatif mendalam terhadap 4 tema kritikal: Rasa, Harga, Servis, dan Suasana.
Business Growth Consulting (Scaling)
Keputusan strategik melalui Mixed-Method Analysis. Menggabungkan data jualan dan sentimen untuk penskalaan bisnes yang selamat.
Sains Disebalik Setiap Strategi Pertumbuhan
Kami tidak sekadar memberikan pendapat; kami memberikan kepastian melalui Triangulasi Data. Setiap saranan yang kami keluarkan melalui proses audit yang ketat:
Deep Crawl (Extraction): Kami mengumpul setiap cebisan data digital—daripada Google Business Profile hingga ke perbualan di media sosial—untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang reputasi sebenar restoran anda.
AI-Contextual Analysis: Menggunakan enjin AI yang telah kami latih khusus untuk memahami nuansa, dialek, dan sentimen unik rakyat Malaysia. Kami membezakan antara kritikan membina dan bunyi bising rawak.
Expert Validation (PhD Oversight): Ini adalah benteng utama kami. Setiap data kualitatif disemak secara manual melalui lensa kepakaran PhD untuk memastikan analisis kami tepat, objektif, dan kalis ralat.
Strategic Execution: Kami menterjemah data kompleks kepada pelan tindakan operasi yang mudah difahami.
Daripada Penyelidikan PhD, Kepada Transformasi Restoran Anda.
Nama saya Dr. Kamisah Kormin (Dr. K). Saya mengasaskan DR.K DIGITAL untuk merapatkan jurang antara sains data dan realiti operasi restoran. Saya percaya pemilik restoran tidak memerlukan laporan akademik yang tebal. Anda perlukan JAWAPAN. Kami menggabungkan metodologi penyelidikan yang sah dengan teknologi AI untuk memberi anda KEPASTIAN.
Ingin bantuan? Hubungi saya sekarang!


Hubungi Kami
Telephone No: 601-11112538
Email: drkay.digital@gmail.com
Alamat
No. 45, Jalan Lakeville 37
Bandar Universiti
32610 Seri Iskandar
Perak, MALAYSIA
Media Sosial
Nama Syarikat
DrKay Digital Marketing Services & Consultancy
Reg. No: 202303159198 (JR0149898-U)
Restoran anda 'kalis gagal' atau tunggu masa nak tutup? Berhenti meneka. Jawab 7 soalan diagnostik ini untuk ketahui realiti sebenar bisnes anda sekarang.

